Jul 29, 2011

kaki ayam

{Image source:Flickr.com}angml
Istilah berkaki ayam ini sejak zaman purbakala dahulu telah wujud.Sedangkan mereka pun menjalani hidup dengan berkaki ayam sepanjang masa.Berbeza dengan zaman kini,pelbagai jenama kasut ada di pasaran.Jadi manusia zaman sekarang akan berkaki ayam apabila?
  • Of course lah  bila nak masuk rumah
  • Masa drive (selalunya sindrom berkaki ayam waktu drive ini berlaku pada golongan wanita)
  • Berada di kawasan batu refleksologi(time ramai org mesti je,malu lah kalau org tengok tak tahan sakit)
  • Mahu menunjukkan dirinya dapat mengawal emosi dan kesakitan dengan berjalan di atas kaca
  • Teringin meniru gaya artis kesayangannya Elyana
  • Nampak padang hijau terbentang luas (automatik rasa nak bukak kasut dan mahu lari dan menjerit "Lihatlah dunia..i'm freeeee!!!!)
  • Berangan nak jadi Cinderella dan menunggu putera idaman memulangkan kasut yang tertinggal di tangga(zaman sekarang ini lif,ada ke orang tertinggal kasut dalam lif? )


p/s:Sile abaikan 2 point paling bawah.

Ok sebelum melalut lebih kelaut baik saya bagi contoh setakat itu sahaja dahulu.Pelbagai situasikan?respon dari pelbagai situasi itu ada yang merupakan kebiasaan,ada yang persis keajaiban,ada yang tampak rasional dan ada yang fantasi.

Saya ingin membawa anda keluar sedikit dari situasi2 tadi.Kita analogikan sepatu itu sebagai akhlak.Bukan itu yang menjadi persoalan pokok,cuma yang ingin saya sampaikan pilihan untuk menjalani hidup ini ada ditangan kita.Mahu berkaki ayam atau mahu bersepatu.Sedih tatkala melihat ramai diantara kita yang jauh tersasar,berjalan di atas dunia dengan sepatu buruk,koyak rabak,kotor dan tidak pernah berbasuh.Pesan saya;

Jika ingin besepatu maka pilihlah sepatu(akhlak) yang paling baik kondisinya serta cantik agar perjalanan kita di dunia ini akan lebih lancar untuk menuju ke destinasi.Jika kita memilih untuk berkaki ayam maka jadilah seperti wali Allah,Sheikh Bisyr bin Harits RA manusia yang tidak pernah memakai alas kaki.Apabila ditanya " Bisyr, apakah sebabnya engkau tidak pernah memakai alas kaki?"Jawabnya, "Ketika aku menghadap Allah (beribadat kepada Allah), aku sedang berkaki ayam."Dan Allah telah jadikan dunia sebagai permaidani.
Bermaksud Bisyr memenuhi setiap saat hidupnya dengan beribadat kepadaNya.Renungan bersama :)

6 comments:

  1. dulu masa kecik suka berkaki ayam..sekarang dah tua tua ni kaki mudah sensitif pulak.

    ReplyDelete
  2. YB Raz,peredaran masa berkait rapat dengan pertambahan umur dan mutu kshtn.YB jg kshtn kaki tu,nanti tercederaa susah pula :)

    ReplyDelete
  3. suka dgn point yg ke-2 2...nape ek kaum hawa suka berkaki aym bila memandu??...hehehe

    ReplyDelete
  4. L-mi,sbb utama sbb pakai high heels hehe..ssh nk tekan pedal minyak n break.

    ReplyDelete
  5. kalau point yg akhir tu okay gak....kalau cinderella tggl kasut kat tangga, zmn skunk tggl dlm lif...Before lift tu dh smpi destination cpt2 tanggalkan kasut..tp, make sure la kena ada boy kan..hihi

    ReplyDelete
  6. hehehhe..:)...betul 2...tapi kalo kaki ayam..cepat no kaki kudis...than..nnt gtal..:D

    ReplyDelete

Footer