Sep 9, 2011

Sem baru punya cerita

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua.Sekarang ni orang dok sibuk-sibuk mengupdate status pasal nak naik semester baru kan.Cakap pasal semester baru,demam-demam dibuatnya.Fyp lah,kelas clash lah.Apa?Korang tak de clash2 ni?Untunglah~ haha.Alkisahnya, ada drop paper sem lepas so bila nak tarik sem ni tengok2 kelas saya ada yang overlap gitu.

Kelas overlap maksudnya saya kena tukar subjek elektif  > bila tukar subjek elektif kena pula tukar kelas >bila tukar kelas 
alamatnya tak de kawan > bila tak de kawan > MATI semangat huii.


Pada mulanya pasrah je lah.Ok wat kelas lain,dapat cari kawan baru.Kalau tak faham boleh tanya lecturer n rapat2 dengan mereka.Rilex,everything gonna be fine.Tetiba terdengar bisikan halus yang menyeramkan..


Gila?Bia betol nak attend klas sengsorang?dah lah QMT 4 kredit dgn XML lg 3 kredit.Boleh survive ke tanpa girl2 hot CS2255B,tanpa guys macho CS2255B,tanpa abg hisyam,fikri,dan koncu2 nya yg ternyata gila  gila-gila plus genius giller tu.Pasti boleh survive tanpa mereka?Buatnya tak pham sape nak tolong .Nak tanya lecturer..kompem time study week jek an an an an....


Terngiang ngiang owhh.Seram sejuk mak dengar.Jam2 tu jugak dengan gigihnya buka icress *(sistem jadual waktu uitm),punya tenung screen tu dalam2 sampai naik juling bijik mata den nia ha.Then saya carilah seberapa banyak possibility yang boleh untuk mengelakkan pertembungan kelas dan eksiden yang mengerikan itu.


Susun punya susun akhirnya tak payah tukar subjek elektif,means tak perlu berpisah dengan kelasku cs2255b hohoho.QMT plak saya akan menompang di kelas bebudak CS yg mane merupakan rakan2 seperjuanganku jua di lendu dahulu,Ada geng juga!Cuma bagi subjek ITT590 saya akan join group A. Alhamdulillah sangat2.Jom checkidout schedule
Ini jadual khas untuk saya je 

Ini pula jadual untuk warga CS2255B terchenta chewahh~
sila click gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat
then baru save ya

Oh ade lagi satu cerita Hot.Bak kata riz,sem depan dah tak de KP lagi dah.So setiap pelajar ada penasihat masing2.Cetengok penasihat saya kat bawah ni

Sangat suka dapat Dr yg spoting
Tapi cuak jugak!Dr kan Deputy Dean,Student and Alumni FSKM



Atas ni pulak adalah senarai subjek yang saya kena study ketat2 
selama 4 bulan ini.Doakan saya berjaya ya kawan2.
Ok lah,nak out dulu.Nak siapkan fyp.
Daa~

Sep 7, 2011

Senarai tarikh kemasukan duit PTPTN ke dalam akaun pelajar untuk sesi september 2011/2012

Tut tut..tut tut.(bunyik message masuk kat phone saya) *malas nak berlagu2 ,suka simple aje.Padahal takot orang lain dengar,nanti kantoilah 24 jam bermesej kan 


Screen>Message> show
Tasya.Nanti mintak kawan2 bank in duit 9 hb bole?Nak amek kunci jumaat ni


Sejak bila nama saya jadi tasya pulak ni haha.Ini kes foward menforward tanpa edit2.Bila tengok yang menghantar..>>cik Tasya Gojes.Patut lah punn ^_^ Gelabah jangan nak cakap.Mana nak cekau duwet? Duit raya baru habis bershopping bagai weekend lepas.Haa tu la,sudah terhantuk baru terngadah. Terfikir barang2 lain yang nak kena beli sebelum masuk U ni.Barang2 rumah,toiletries,makanan2,biskut2,air2,handbag polo,kasut pierecardin...bla bla bla grrrrrrr.Maka dengan sepantas kilat on Mr lappy yang encem,then mengadu kat Encik google..

B i l a  d u w e t  P t p t n  n a k  m a s u k  s e p t e m b e r
*sesuka hati jer taip macam tu :)
 [ enter]
Sekali jumpa blog INI


Bawah nie saya dah summarize kan nama universiti dan tarikh nya sahaja.Kalau nak yang lengkap boleh download dengan menekan HERE
IPTA
TARIKH TERIMA WANG
UNIVERSITI MALAYA( INSTITUT PENGAJIAN SISWZH)
07/09/2011
UNIVERSITI MALAYA
10/09/2011
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07/09/2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
07/09/2011
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN CAWANGAN
10/09/2011
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) & CWGN
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
10/09/2011
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN & CAWANGAN
10/09/2011
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
10/09/2011
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
10/09/2011
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
10/09/2011
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
10/09/2011
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
10/09/2011
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
10/09/2011
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
10/09/2011
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
10/09/2011
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
15/09/2011
10 haribulan??owh..no!!
Sehari selepas due date bayar rumah sewa.
Nampaknya  memang kena guna biasiswa FAMA lah dulu.
ibu,ayah..tolong kak long yeh ??(sambil buat muka comel mata dibesarkan ala2 puss in boots)
*x yah nak comel sangat lah kan.dushhhh lebam skali kat mata


Dewasakah aku?

21 seyh! Alahai,sayup je hati ni bila terkenang umur dolu2 yang berpangkal "1" kat depan.Tak pe lah,asalkan ada 1 ye dok.Alhmdulillah,semakin gojes tua daku ini kan?Apa yang tua,apa yang gojes nie?Meh saya nak habaq mai.

Attention2,pengumuman2 (sambil ketok2 mic).*Mengumumkan ketibaan yang berhormat,eh silap skrip plak.Alkisah tanggal 5 september 2011 yang lepas maka genaplah usiaku dua puluh satu tahun.Kira boleh lah  ditabalkan menjadi seorang Wanita Dewasa dengan jayanya.Jaya lah sangat!

Malam hari kejadian tu memula dah nak sentap jugak lah kan.Family sorang pun tak wish.Dengan perasaan kuciwa dan sensetap yang melampau, saya pun masuk bilik tutop lampu n pejam mata (dengan harapan adik sy akan pecah masuk bilik pada bila2 masa dan jerit suppriseeee!!!) Huh harapan jeklah. Tunggu punya tunggu akhirnya nyamuk yang datang!.Thanks ,ada jugak yang teman sy malam tu.ZzZzz

Esok terbangun lambat pula.Parents dah pergi kerja,adik maseh berdengkor lagi.Sadisnya bila tiada siapa yang mengingati beceday ku sobs sobs.Tetibe dengar suara Bruno Mars.Aish..tak kan lah bruno datang nak celebrate saya kan.*Ter excited sebentar.Oh lupa plak malam tadi baru tukar ringtone hehe,bila tengok screen.. ibu yg call
then saya pun angkatlah,dengar suara orang ramai2 tengah nyanyi


Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to kak long 
Happy birthday to u


Ha..amik kau,satu bilik guru tu menyanyi untuk saya.Blushing hehe~Thanks ibu coz sediakan koir guru2 secara live for me! Terima kasih banyak2 juga kepada semua yang wish my birthday haritu.Sayang korang lebeh lah! 


So...21.Dah dewasakah aku?


Bak kata ayah,"Dah besar dah kak long". (Normal lah tu bapak2 wish pendek je haha)
Bak kata ibu,"Happy Birthday kak long.Kak long blajar betul2,habiskan blajar cepat,lepastu kerja,kumpul duit banyak2,lepastu bawak ibu pergi jalan2"  (Normal jugak lah kan panjang bebeno bebelan si Ibu
Bak kat uwan "21 ?dah boleh kawin dah ni"  (Clise je wish dari nenek2 sedunia ni an ) ^_~


Bak kata korang??comment lah siket ek... :)
Last but not lease,meh hadap pic2 saya masa celeb dengan family.


coslaw n salad dia awesome!
Macam biasa,my fav..Hawaiian Tuna!
yg regular tu Chicken Supreme kot klu tak silap
Baked MeatBall Cheese.Ini pun marvelous

Ibu :)
Adik & Ibu
Me n dad
Sememangnya saiz badan seiring dengan pertambahan usia
Dayuuumm LOL :)
Thanks for reading 

Sep 4, 2011

Eid Mubarak 2011

Bismillahirrahmanirrahim
 As salam.Hai korang.Lama juga paie tak update blog kan.Rindu tak?? hehe..
Di kesempatan ini,paie ingin menyusun sepuluh jari dan mohon maaf andai paie ada tersalah bicara dan sekiranya ada khilaf sepanjang paie ber blog ini harap dimaafkan.Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua



Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga
Muhammad Faris,Pn Fauziah Rhan,Encik Fariza Hussain,Nurul Faizah




Mesti korang cakap,umanggai besar nye gambar hahaha
Tengok tuan la der hihi
Pe salahnye ye dok?..setahun sekali kan :)
Btw Happy Eid Ul Fitri guys!!
Mood: Stress berat naik !!

p/s:Tak lupa pada yang sudi datang raya haritu.Thanks banyak2 k :)

Footer