Aug 9, 2011

London-riots;Samseng,Pencuri,Pengganas di jalanan!


Panas..panas..membara! Sana sini orang dok cerita berkenaan rusuhan ini.Para perusuh membakar bangunan ,kenderaan,tong2 sampah,memecah masuk kedai-kedai dan mencuri ..Lepas ni apa pula?membunuh?gulingkan kerajaan???ish ish ish…Tak cukup dengan itu,mereka mencederakan pula orang awam.Yang tak berdosa jadi mangsa! Sebab tu saya tak suka perhimpunan haram! Boleh menjurus kepada perkara2 macam ni lah.*emo pasal bersih tak abis lagi.Mulanya hanya tunjuk perasaan secara aman..kemudian bertukar menjadi ganas. Buktinya terlihat jelas bukan?*eh paie ni terlebeh emo pulak dia.Bukan apa,semangat cintakan negara.Sayangilah keamanan negara kita .

Sebenarnya  rusuhan ini telahpun tercetus sejak sabtu lalu.
( “Rusuhan dan samun tercetus Sabtu lalu di Tottenham di Utara London susulan tunjuk perasaan berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.Bagaimanapun, Anifah berkata, keadaan masih selamat untuk ke Britain. Namun, menasihati rakyat Malaysia supaya menjauhkan diri dari Tottenham iaitu sebuah kawasan dengan kadar pengangguran yang tinggi dan diselubungi isu perkauman buat sementara waktu.” – BERNAMA) 

Namun pergolakan itu nampaknya dah merebak ke pusat Bandar Birmingham, dan Barat Laut Liverpool menyebabkan pak polisi bergelut untuk mengawal kekacauan yang semakin membarah itu. Sungguh memalukan dan mencalar kekredibilitian Britain sebagai negara maju apatah lagi bakal menganjurkan sukan Olympic sebulan dari sekarang.Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.Bak kata orang,luka lama berdarah kembali! Kes ini dikatakan paling teruk pernah terjadi didalam sejarah Britain sejak kes rusuhan kaum berprofil tinggi pada tahun 1980.

Di selatan London pula, “pesta api” melanda apabila samseng2 tersebut membakar sebuah kedai perabut yang berusia 100 tahun lalu menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara sekali gus memaksa rumah berdekatan untuk dikosongkan.Menyusahkan orang saja.Orang awam pun takut untuk keluar rumah,bimbang akan keselamatan diri mereka.Berita TV 3 pun baru sahaja siarkan mengenai  seorang pelajar negara kita yang tercedera akibat peristiwa itu.Alhamdulillah,beliau kini telah ditempatkan di Royal Hospital.


Teruknya keadaan di sana kan? MasyaAllah..moga kita dijauhkan dengan pergolakan sebegitu rupa di negara kita ini..Kita patut lebih bersyukur kerana dapat hidup dengan aman.Tahmid! Alhamdulillah! Jum tengok rakaman gambar dan video di bawah.








{Image source:guardian.co.uk}
More information and picture,click down here;
Jika terdapat percanggahan maklumat harap maaf dan harap dapat dimaklumkan.Entri ini adalah cetusan pendapat saya setelah membaca beberapa akhbar dan berita.

4 comments:

  1. kita..
    jgn mudah terleka..
    kemajuan keamanan yang ada...haha
    spe org islam yg sokong bersih sgt2 la bodoh..
    nnt kesian kot ank yg bru lahir sbb dorunk bebas nk pilih agama.. xda lagi islam dlm ic.. sokong la sgt pakcik ada bulat atas kepala tu.. huhhuhu

    ReplyDelete
  2. sumpah kesian, cam nak nangis aku bace =‘(

    ReplyDelete
  3. Ni sekadar pencerahan; Jangan bercakap tentang BERSIH kalau anda sekadar tahu sikit2.

    Cuba kaji betul2 sesuatu isu, jangan sekadar dengar sikit, terus nak komen ye.

    Isu BERSIH bukan sekadar isu politik, ia isu agama sebab agama kita sangat mementingkan 'kebersihan' dalam apa jua keadaan..

    wallahu 'alam.

    p.s: Kerana BERSIH dikatakan disokong ulama', kita mengutuk ulama', padahal kita sekadar tahu sikit2, walhal mereka itu pewaris para nabi.

    ReplyDelete
  4. cik anonymous ,masing2 ada pndpt masing2,tapi kita x berhak untuk mengadili mana2 pihak dengan gelaran teruk dan kutukan sebegitu rupa.Sesungguhnya kutukan itu akan mencari si pengutuk pada hari akhirat nanti.
    Cik pun nampaknya berselindung denggelaran anonymous.Pengecut dan memakai topeng,dan mengutuk orang lain.rasanya anda boleh menilai diri anda sendirikan??layak ka anda mengutuk org lain?


    Umie,jgn nangis owh.rilex2 haha.bersyukur negara kita tak berlaku camni an?

    Zunnur,thanks atas pendapat dan pencerahan anda.Tulisan ini adalah sekadar pendapat paie.Paie dengar paie lihat paie baca..segala impak dan kesan perlaksanaan bersih baru2 ini.Paie terus terang paie memang tak suka.Semua org ada pendapat masing2 kan.

    betul..paie memang tak tahu scara mendalam mengenai bersih,paie tak menyalahkan mereka,x menghalang perjuangan mereka andai perjuangan mereka boleh membawa kebersihan yg mereka war war kan.Alhamdulillah kalau semua dasar2 mereka tercapai.bebas rasuah,pentadbiran yang adil.Alhamdulillah kalau negara kita macam tu.Paie pun berdoa agar semua tu akan dpt kita kecapi.

    Yang paie tentang dan tidak setuju adalah cara mereka! Perhimpunan itu terang terangan haram!.Membawa lebih banyak kemaslahatan dari kebaikan.Menyusahkan orang lain dan menggugat keamanan.Apa pndgn org luar??Kalau halal,perhimpunan yang sihat,x ada salahnya disisi undang2 mahupun islam,paie pun join kn.Yelah,kalau btl mereka nk menegakkan islam,kita mmg patut berjuang dan berjihad ke arah itu.Tapi kenelah dengan cara nya,wadahnya,prakasanya.Keamanan juga sebahagian dari islam.Keamanan yang ada sekarang ni bukan senang kita kecapi.Islam juga cintakan keamanan!

    Maafkan paie,tapi paie tak stuju dengan satu pndapat zunnur.Tak semestinya bila menentang bersih kita mengutuk para ulama'.Ada juga ulama yang menentang bersih.Betul,Bersih punya isu agama..tapi bersih itu juga asasnya,adalah politik.malahan juga memang semuanya berkisarkan tentang politik.

    Tuntasnya paie tak menyalahkan perjuangan Bersih 100% tapi 1 yang menjadi perkara pokok,paie tak mau keamanan negara ini tergugat. :) :) ^_^

    ReplyDelete

Footer