Aug 15, 2011

Sahabat ke SAH BAD?

{Image source:Flickr.com}angml
Hai kawan kawan.Hari ni nak ngomong pasal kawan a.k.a sahabat. S.A.H.A.B.A.T ,good2. Pandai korang mengeja kan, a.k.a tu apa benda pula?bagi yang masih tak tau a.k.a itu as known as.*paie sume org tau,kau je yang baru tau..ngeee ngee


Siapa sahabat ni yeh?Sahabat ni orang yang sentiasa ada dengan kita.Susah ke senang ke,jatuh tergolek terlentang macam mana pun dia tetap setia disisi kita. Sahabat ni buatkan hidup kita lebih ceria dan bermakna.Saling tolong menolong ,sayang menyayangi dan nasihat menasihati.


Ada yang bersahabat punya kamceng sampai nangis sama2,gelak sama2 , ponteng kelas sama2, tido sebantal,makan sepinggan,air segelas.Ini kes sahabat yang  menyahut slogan duit you duit i , duit  i duit i lah haha.Banyak cantik!

Bagi yang mengamalkan slogan ini dalam bersahabat,amaran keras,ini tidak baik yer kawan2.Sekali sekala boleh lah,tapi kalau dah berkala-kala pelangi tu ehemm itu bukan sahabat namanya tapi SAH BAD! Pergi makan sendiri lah,pau org je keje tak malu ke? Hoho


Sahabat ini senang cite 24 jam ada je berkepit.Tu belum kira sesi luahan perasaan dan ruangan gossip yang wajib tiap2 malam kan.Tak kisah lah face to face ,ym ,skype *cehh guna yang free je Mesti ada appoiment dengan sahabat kita tu kan.


            Jah oh jah mane kau ni.aku ade cite hot ..on skype cpt!
           
    Cite ape yah oii?alah kau ni aku nak gi tarawih ni.Ha cepat2 aku on skang jgk.*eh sempat lagi kau!



Ish ish ish..jangan pula sampai macam tu yer.Bercerita itu boleh tapi jangan sampai kita lalai menunaikan tanggungjawab.Ha lagi satu hal.Jangan lah kita bersok sek sok sek mengumpat si tut dan si tett.
Sabda Rasulullah s.a.w “Wahai golongan orang-orang yang telah beriman lidahnya, tetapi belum beriman pula hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip-intip keaiban-keaibannya. Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, niscaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip keaibannya, nescaya Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya.” 

Erti pengumpat di sini, ialah menikam peribadi seseorang dengan kata-kata yang memburukkan dan melukai hati. Dan penista pula diumpamakan seperti memakan daging saudara yang telah mati melalui mengumpat!


Ha,ada bran nak mengumpat?meh sini paie cepuk mulut dia tu.Kalau ada yang dah terr umpat tu,bawak2 lah minta maaf pada tuannya dan nyatakan kesalahan diri tu.Bawak2 bertaubat ok.


Tipu sapa yang tak ada sahabat.Mesti ada kan.Ada tapi pembongak?Cari masa korang susah je senang lubang hidung pun tak nmpak?Batu api,tikam belakang tikam depan kiri kanan pun ada. Aaa spesis tu memang banyak zaman skarang ni.Atagfirullahaladzim,harap2 kita terpeliharalah dari sahabat2 yang sebegitu dan semoga diri kita sendiri terlindung dari sifat2 mazmumah tu.


Sahabat ini cermin kepada diri kita sendiri.Seeloknya pilihlah kawan yang baik.Biarlah kita berkawan dengan org yang jual one drop perfume,at least dapat jugak tumpang wanginya (diolah dari perumpamaan lama)

{Image source : Flickr.com}mysweetdool

So macam mane nak pilih sahabat ni?Ini pesanan dari al-Qamah seorang sahabat Rasulullah SAW kepada anaknya
  • Pertama,pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Kedua,pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  • Ketiga,pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Keempat,pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
  • Kelima,sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

p/s:Kapada semua sahabat2 yang saya sayangi ,terima kasih banyak-banyak kerana pernah hadir dan mewarnai hidup paie.Terima kasih kerana menemani paie diwaktu suka dan duka terima kasih atas segalanya.Kepada gf saya yang 5 orang tu,saya amat rindukan anda semua!  imysdm n ily!!!! 3 minggu lagi !! x sabarnya nak jumpa korang.To my bff a.k.a bbf ,miss u very the tau !! Thanks for being a wonderful lil’ brother to me.Lap u lebey  lah! *beremosi sket sob sob blogger pun sahabat saya juga :) Anda sahabat saya tak? 


3 comments:

Footer