Dec 17, 2010

New sem !!!


SEMESTER 1 2010/2011 PART 4

{Image source:Flickr.com}beamer
Kejap je kan mase berlalu...tup tup dah part 4 dah !.Sedetik mengimbas kembali story board yg sy dah alami di bumi bertuah uitm...byk sgt pengalaman dan pengajaran yg dpt di kutip.tak kiralah  masa diploma yg sekerat jln tu(jelez tgk kwn2 dh nk grad) mahupun degree di shah alam ni.Sume tu tak kan dpt dibeli kat mne2 pun.its rily2 precious.

Tahun baru yg bakal ditempuh dalam 2 minggu sja lagi membawa erti yang begitu besar buat sy.Azam baru yg tlh direncanakan pd maal hijrah yg lalu pasti sy cba penuhi(tetibe ayat skema an hehehe) tapi..betul.I need to fullfil all my azam. Must!! next year i'm 21..dan sy dah berjnji..brjnji pada diri sy,sy akn buat yg terbaik  krn sy mahu mulakan hidup yg ke 21 thn ini dgn kejayaan.Sy mahu bangga kan ibu dan ayah sy.Sy mahu melihat senyuman dan tangisan mereka semula sprti mrka mgthui result upsr,pmr,dan dip yg dekan dulu.Kak Long jnji..kklong akan cuba yg terbaik yer bu..ayh.i promise!

ITT430 MICROPROCESSOR
ITT440 NETWORK PROGRAMMING
ITT450 INFORMATION AND NETWORK SECURITY
ITT562 SWITCHING TECHNOLOGY/ROUTING PROTOCOLS AND CONCEPTS
ENT600 TECHNOLOGY AND ENTERPRENUERSHIP
BEL442 READING FOR RESEARCH
BJP*** JAPANESE LANGUAGE II
wait 4 me!!!!! 

{Image source:Flickr.com}JeffHeter
 Ya Allah, jadikanlah kami dan dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada kami kefahaman di dalam agama,tunjukkanlah kami ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

No comments:

Post a Comment

Footer