Panas..panas..membara! Sana sini orang dok cerita berkenaan rusuhan ini.Para perusuh membakar bangunan ,kenderaan,tong2 sampah,memecah masuk kedai-kedai dan mencuri ..Lepas ni apa pula?membunuh?gulingkan kerajaan???ish ish ish…Tak cukup dengan itu,mereka mencederakan pula orang awam.Yang tak berdosa jadi mangsa! Sebab tu saya tak suka perhimpunan haram! Boleh menjurus kepada perkara2 macam ni lah.*emo pasal bersih tak abis lagi.Mulanya hanya tunjuk perasaan secara aman..kemudian bertukar menjadi ganas. Buktinya terlihat jelas bukan?*eh paie ni terlebeh emo pulak dia.Bukan apa,semangat cintakan negara.Sayangilah keamanan negara kita .
Sebenarnya rusuhan ini telahpun tercetus sejak sabtu lalu.
( “Rusuhan dan samun tercetus Sabtu lalu di Tottenham di Utara London susulan tunjuk perasaan berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.Bagaimanapun, Anifah berkata, keadaan masih selamat untuk ke Britain. Namun, menasihati rakyat Malaysia supaya menjauhkan diri dari Tottenham iaitu sebuah kawasan dengan kadar pengangguran yang tinggi dan diselubungi isu perkauman buat sementara waktu.” – BERNAMA)
Namun pergolakan itu nampaknya dah merebak ke pusat Bandar Birmingham, dan Barat Laut Liverpool menyebabkan pak polisi bergelut untuk mengawal kekacauan yang semakin membarah itu. Sungguh memalukan dan mencalar kekredibilitian Britain sebagai negara maju apatah lagi bakal menganjurkan sukan Olympic sebulan dari sekarang.Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.Bak kata orang,luka lama berdarah kembali! Kes ini dikatakan paling teruk pernah terjadi didalam sejarah Britain sejak kes rusuhan kaum berprofil tinggi pada tahun 1980.
Di selatan London pula, “pesta api” melanda apabila samseng2 tersebut membakar sebuah kedai perabut yang berusia 100 tahun lalu menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara sekali gus memaksa rumah berdekatan untuk dikosongkan.Menyusahkan orang saja.Orang awam pun takut untuk keluar rumah,bimbang akan keselamatan diri mereka.Berita TV 3 pun baru sahaja siarkan mengenai seorang pelajar negara kita yang tercedera akibat peristiwa itu.Alhamdulillah,beliau kini telah ditempatkan di Royal Hospital.
Teruknya keadaan di sana kan? MasyaAllah..moga kita dijauhkan dengan pergolakan sebegitu rupa di negara kita ini..Kita patut lebih bersyukur kerana dapat hidup dengan aman.Tahmid! Alhamdulillah! Jum tengok rakaman gambar dan video di bawah.
Teruknya keadaan di sana kan? MasyaAllah..moga kita dijauhkan dengan pergolakan sebegitu rupa di negara kita ini..Kita patut lebih bersyukur kerana dapat hidup dengan aman.Tahmid! Alhamdulillah! Jum tengok rakaman gambar dan video di bawah.
![]() |
| {Image source:guardian.co.uk} |
More information and picture,click down here;
- London riots,before-and-after images
- Gambar-gambar rusuhan
- mStar Online
- 3 News London riots page for FULL COVERAGE
Jika terdapat percanggahan maklumat harap maaf dan harap dapat dimaklumkan.Entri ini adalah cetusan pendapat saya setelah membaca beberapa akhbar dan berita.













