Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

May 29, 2012

tak lama lagiiii

Assalamualaikum.
Ini adalah entri lepas seteress.

Pejam celik pejam celik..kalau lah boleh pejam je.Argghhhh,seteressssss! Sabar paie sabar.Demi segenggam izajah ijazah.Nak tak nak,kena harung juga.Kehangatan kesibukan ketensionan semakin dirasai bila tiba bulan terakhir di semester terakhir ini.Final Year project yang menghimpit hari hari ku..assigment dan project2 lain yang menggunung...ohh please be fine to me! Bila tension tension cam gini kan, terasa mengidam nak makan banyak benda la thee heee. Bulgogi ke Seoul Garden ke Kenny Rogers ke Secret Recipies ke Pizza ke J.Co Baby Donut pun ok la. Jap, cek wallet huk!

Image source: {Flickr.com}Mohammed Alnaser

Examination timetable weyh..Kali yang peng last nya.Lepas ni dah tak perlu nak search timetable untuk exam lagi.Sayee sudah bewwbass dawrii assspiiyemmm!!  HAHA Last paper last paper! Dengan bangganya mempersembahkan (x yah nak bangga sangat lah kan)

Examination timetable for student part 6
 Bachelor of Data Communication and Networking CS225
Mei 2012

04 July 12
2:15pm-5:15pm 
ITT575

07 July12
2:15pm-5:15pm
 ITS610

13 July 12
2:45pm-5:45pm
 ITT564

Pada keseluruhannya,amat berpuasa hati sebab ada gap yang panjang juga.InsyaAllah i'll do my best.


Other important date

  4 June 2012         
Cisco Test

  5 June 2012        
 Ethic Term Paper 

13 June 2012      
   FYP Poster Presentation

26 June 2012         
FYP Presentation

Wish me luck guys!
p/s: #forYou ,i noe i owe u 1 post ihik ihik.will update soon ~

Jan 19, 2012

Come Back!

Sekadar pewlepas rinduw haha!

Lama dah tak menaip di sini.almost 3 month kan?Eh..jap2,lupa nk tulis mukadimah.With the name of Allah,As salam korang!! Maaf sangat2,dah lame tak bertegur sapa dan bertanya khabar dengan rakan2 blogger.Do you miss me??haha.

Biasalah,bila tengah2 semester memang malas gila tahap tak ingat lah nak berupdate blog ni.Tang "perap" blog tu memang rajin :) Banyak juga lah isu2 semasa  dan entri2 malatop korang yang saya ketinggalan .Its wokeh,lepas nie nak turun padang jenguk korang kat blog.Jangan kunci pintu pulak ok? :)


So ape yang menyebabkan saya mengalami gejala kesibukan melampau sampai tak dapat nak hupdate entri ialah
i)   kehidupan sebagai final year student (projek melambak ,tiap2 minggu nk kne present bagai)
ii)  line broadband yang budget hot, lenggang lenggok jek dia jalan!
iii) kekeringan idea akibat kemarau di shah alam (motif?)
iv) dan sebagainya


Tetapi faktor perdana yang mendorong kebersawangan blog saya adalah KEMALASAN! Dia asyik nak flirt je dgn saya haha.


Now i'am in the middle of semester break yaw! yahoo~ Cuti sampai bulan 3,siapa tak happy.InsyaAllah ,saya akan meng fully utilized kan cuti ni dengan sebaik mungkin.Perkara2 yang dirancangkan adalah;


Bercuti bersama ibu bapa
Soping sampai lebam dengan voucher buku RM200Hadap Running Man Teruskan cabaran diet hehe Study steganography dan bina application (my fyp project) Jadi suri rumah cemerlang Tingkatkan ilmu dan nilai kendiri dengan membaca buku2 motivasi( skema kan ayt?)Muhasabah diri 
Apsal ade gap kat atas tu?entahlah,dah betulkan pun dia stay macam tu jugak.ok dah lupakan.Bagi menutup entri bebel ni,saya berharap semoga cuti kali ini akan menjadikan saya lebih rajin,matang dan dijauhkan dari sifat2 mazmumah seperti cuti sem2 yang lepas iaitu makan tido makan tido thee heee :) Last but not least, Happy New Year n Happy Chinese Ney Year guys!! p/s:still tak percaya saya dah 22 tahun.Rase baru smalam daftar sekolah rendah *pang sekali.

till then,bye korang,as salam





Sep 9, 2011

Sem baru punya cerita

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua.Sekarang ni orang dok sibuk-sibuk mengupdate status pasal nak naik semester baru kan.Cakap pasal semester baru,demam-demam dibuatnya.Fyp lah,kelas clash lah.Apa?Korang tak de clash2 ni?Untunglah~ haha.Alkisahnya, ada drop paper sem lepas so bila nak tarik sem ni tengok2 kelas saya ada yang overlap gitu.

Kelas overlap maksudnya saya kena tukar subjek elektif  > bila tukar subjek elektif kena pula tukar kelas >bila tukar kelas 
alamatnya tak de kawan > bila tak de kawan > MATI semangat huii.


Pada mulanya pasrah je lah.Ok wat kelas lain,dapat cari kawan baru.Kalau tak faham boleh tanya lecturer n rapat2 dengan mereka.Rilex,everything gonna be fine.Tetiba terdengar bisikan halus yang menyeramkan..


Gila?Bia betol nak attend klas sengsorang?dah lah QMT 4 kredit dgn XML lg 3 kredit.Boleh survive ke tanpa girl2 hot CS2255B,tanpa guys macho CS2255B,tanpa abg hisyam,fikri,dan koncu2 nya yg ternyata gila  gila-gila plus genius giller tu.Pasti boleh survive tanpa mereka?Buatnya tak pham sape nak tolong .Nak tanya lecturer..kompem time study week jek an an an an....


Terngiang ngiang owhh.Seram sejuk mak dengar.Jam2 tu jugak dengan gigihnya buka icress *(sistem jadual waktu uitm),punya tenung screen tu dalam2 sampai naik juling bijik mata den nia ha.Then saya carilah seberapa banyak possibility yang boleh untuk mengelakkan pertembungan kelas dan eksiden yang mengerikan itu.


Susun punya susun akhirnya tak payah tukar subjek elektif,means tak perlu berpisah dengan kelasku cs2255b hohoho.QMT plak saya akan menompang di kelas bebudak CS yg mane merupakan rakan2 seperjuanganku jua di lendu dahulu,Ada geng juga!Cuma bagi subjek ITT590 saya akan join group A. Alhamdulillah sangat2.Jom checkidout schedule
Ini jadual khas untuk saya je 

Ini pula jadual untuk warga CS2255B terchenta chewahh~
sila click gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat
then baru save ya

Oh ade lagi satu cerita Hot.Bak kata riz,sem depan dah tak de KP lagi dah.So setiap pelajar ada penasihat masing2.Cetengok penasihat saya kat bawah ni

Sangat suka dapat Dr yg spoting
Tapi cuak jugak!Dr kan Deputy Dean,Student and Alumni FSKM



Atas ni pulak adalah senarai subjek yang saya kena study ketat2 
selama 4 bulan ini.Doakan saya berjaya ya kawan2.
Ok lah,nak out dulu.Nak siapkan fyp.
Daa~

Sep 7, 2011

Dewasakah aku?

21 seyh! Alahai,sayup je hati ni bila terkenang umur dolu2 yang berpangkal "1" kat depan.Tak pe lah,asalkan ada 1 ye dok.Alhmdulillah,semakin gojes tua daku ini kan?Apa yang tua,apa yang gojes nie?Meh saya nak habaq mai.

Attention2,pengumuman2 (sambil ketok2 mic).*Mengumumkan ketibaan yang berhormat,eh silap skrip plak.Alkisah tanggal 5 september 2011 yang lepas maka genaplah usiaku dua puluh satu tahun.Kira boleh lah  ditabalkan menjadi seorang Wanita Dewasa dengan jayanya.Jaya lah sangat!

Malam hari kejadian tu memula dah nak sentap jugak lah kan.Family sorang pun tak wish.Dengan perasaan kuciwa dan sensetap yang melampau, saya pun masuk bilik tutop lampu n pejam mata (dengan harapan adik sy akan pecah masuk bilik pada bila2 masa dan jerit suppriseeee!!!) Huh harapan jeklah. Tunggu punya tunggu akhirnya nyamuk yang datang!.Thanks ,ada jugak yang teman sy malam tu.ZzZzz

Esok terbangun lambat pula.Parents dah pergi kerja,adik maseh berdengkor lagi.Sadisnya bila tiada siapa yang mengingati beceday ku sobs sobs.Tetibe dengar suara Bruno Mars.Aish..tak kan lah bruno datang nak celebrate saya kan.*Ter excited sebentar.Oh lupa plak malam tadi baru tukar ringtone hehe,bila tengok screen.. ibu yg call
then saya pun angkatlah,dengar suara orang ramai2 tengah nyanyi


Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to kak long 
Happy birthday to u


Ha..amik kau,satu bilik guru tu menyanyi untuk saya.Blushing hehe~Thanks ibu coz sediakan koir guru2 secara live for me! Terima kasih banyak2 juga kepada semua yang wish my birthday haritu.Sayang korang lebeh lah! 


So...21.Dah dewasakah aku?


Bak kata ayah,"Dah besar dah kak long". (Normal lah tu bapak2 wish pendek je haha)
Bak kata ibu,"Happy Birthday kak long.Kak long blajar betul2,habiskan blajar cepat,lepastu kerja,kumpul duit banyak2,lepastu bawak ibu pergi jalan2"  (Normal jugak lah kan panjang bebeno bebelan si Ibu
Bak kat uwan "21 ?dah boleh kawin dah ni"  (Clise je wish dari nenek2 sedunia ni an ) ^_~


Bak kata korang??comment lah siket ek... :)
Last but not lease,meh hadap pic2 saya masa celeb dengan family.


coslaw n salad dia awesome!
Macam biasa,my fav..Hawaiian Tuna!
yg regular tu Chicken Supreme kot klu tak silap
Baked MeatBall Cheese.Ini pun marvelous

Ibu :)
Adik & Ibu
Me n dad
Sememangnya saiz badan seiring dengan pertambahan usia
Dayuuumm LOL :)
Thanks for reading 

Sep 4, 2011

Eid Mubarak 2011

Bismillahirrahmanirrahim
 As salam.Hai korang.Lama juga paie tak update blog kan.Rindu tak?? hehe..
Di kesempatan ini,paie ingin menyusun sepuluh jari dan mohon maaf andai paie ada tersalah bicara dan sekiranya ada khilaf sepanjang paie ber blog ini harap dimaafkan.Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua



Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga
Muhammad Faris,Pn Fauziah Rhan,Encik Fariza Hussain,Nurul Faizah




Mesti korang cakap,umanggai besar nye gambar hahaha
Tengok tuan la der hihi
Pe salahnye ye dok?..setahun sekali kan :)
Btw Happy Eid Ul Fitri guys!!
Mood: Stress berat naik !!

p/s:Tak lupa pada yang sudi datang raya haritu.Thanks banyak2 k :)

Aug 8, 2011

Sedetik bersama Sham Kamikaze

Renungan

Manusia lupa segalanya di dunia ini milik Allah. Cuba kamu sebut yg mana satu milik kamu? Tidak ada kita punya. Kita hanya mengusahakan saja. Apa yg kita dapat Allah sudah sediakannya. Milikilah apa saja tidak terlepas dari ciptaan-Nya. Segala rezeki yg Allah berikan adalah tanda kasih-Nya walaupun kamu ingkar akan perintah-Nya. 
Namun ramai manusia bila Allah berikan RM1 juta, Allah minta sedikit dari pemberian-Nya RM50K untuk dizakatkan susah sgt, kedekut sungguh dgn Tuhannya. Ingatlah! Jgn lupa dalam setiap rezeki yg kita perolehi, punya hak orang lain terhadap rezeki itu. Maka berzakatlah dan bersedekahlah di jalan Allah.(Sham Kamikaze,2011)

Sesi ceramah di SMK Undang Jelebu

Thats my mom,yang baju hijau tu :)

Menghiburkan seisi dewan

Bercerita tentang penghijrahan beliau
Warga SMK Undang Jelebu

Takde kerje cari kerja

Assalamualaikum dan hai guys.Banyak ari x da nampak ini olang kan.Minggu lepas agak sibuk so tak dapat nak update blog sangat.Hari ni pula sangat bosan *pada hal banyak je bende lain boleh buat.Pemalas kan ko paie!dush dush.Parents pergi kerja  mean saya berseorangan sahajalah di rumahku ini.

Tengah dok mengemas then terjumpa pula set kala pensil@pensil warna.
Cik hati kata"Ni mesti ibu punyer ni.Wahhhhh!Menarik oowhh."
*owh lupe nak imfom..my mother is an art teacher merangkap GPK akademik di school dia.err buruk sungguh ayat manglish tu an~~ 

Back to the story morry kita k.Kebanyakannya masih dalam keadaan baru dan belum digunakan lagi.Punye la suka,gembira dan bahagia giller saya rasa macam jumpa harta karun!*over  Tangan ni gatal  la dok membelek satu satu stationary yang ade kat situ. Tetibe an an~ ~ Mr Hp nokia 5530 XpressMusic pun datang.Lalu kedengaranlah bunyi 321 cheeseeeeee..Maka terhasil lah..

taraaa
colourfull yaw
10 minit kemudian

the final touch

ha amik kau:)

Sape nak angkat tangan??
haish macam-macam.
Ni la jadinye bila jadi penganggur sementara
Takde kerja cari kerja!




Aug 2, 2011

bila mata bertentang mata

Ahad lepas saya dan family pergi melawat bakal rumah sewa ku di pusat komersial, seksyen 7 Shah Alam.First time nak duduk rumah sewa ni sebab last 3 sem duduk kolej kediaman.Perasaan;teruje giller kot.Kondisi semua furnitures ok dan overall saya pun berpuas hati dengan rumah tersebut.Kawasan pun strategik,berhadapan Bara *kedai makan,bertween kedai dobi dan kedai barang2 perkahwinan << *ehem ehem petunjuk tu!


Cuma satu sahaja yang tak best,katil double decker pulak! Teringat zaman2 sekolah asrama di SMAP Labu dulu.Siyes mengimbau! Risau gak lah,x dapat bayangkan kalau saya duk katil atas.kenapa?kurang faham?cube faham2 sendirilah yer hehe.Clue*takut katil patah.


then trus shot pergi Jusco Bukit Tinggi Klang.Beriban orang kat dalam tu.Hari terakhir sebelum puasa kan,so memang harapanlah kalau nak shopping dengan selesa.Sempat jugak lah aim 2 3 bju kat Nichi tu.Akibat dari kebanjiran tersebut yang menimbulkan kepeningan yang melampau jadi kami pun decide untuk chow  pulang je.


Balik dari JJ singgah di rumah sedara saya.Bila mata bertentang mata..macam2 ayat yang keluar.Antaranya "ehh..u nmpak kuruslah!"*uhuk uhuk kpd Ridzuan Razali,sila jelez..Dapat juga lepas rindu pada cousin2 saya.Lama dah tak berkumpul ramai2 macam tu.Kire jejak kasehhhhh la jugak.


maaf atas ke blur an pic ini
Dari kiri,
Me! bakal network engineer *ceh harapan!, Eca bakal PMR candidate with stret A's,Kak Long Mira,bakal doktor gigi
till then,thanks 4 reading :)

ahlan wasahlan

Yeeahh..dah nak raya.I like!Alhamdulillah ,pada tahun ini dapat lagi kita merasai nikmat berada di dalam bulan Ramadhan.Puasa kali ini amat istimewa kerana saya dapat menjalaninya bersama keluarga terchenta.*double like!


Almaklumlah,sebelum ini berpuasa di universiti.Puasa kat U ni pham2 je lah kan.Juadah berbuka nye sekadar yang termampu,sahurnya kadang2 bangun kadang2 tidak.Bila kelas petang je mulalah mengantuk dan menjadi hobi tengok jam kat dinding or jam sendiri sehingga berpuluh kali tengok jam tu kan *bukan saya tapi kawan2 sy :).Dengan harapan jam tu akan bertukar ke pukul 6.00pm bile tenung lelame hehe.Sekarang bila dah berada di rumah,pukul 4.30pm dah gerak gi bazar.Excited punyer pasal.


Kepada semua,saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan yang penuh barakah ini.Jom melipat gandakan amalan dan meningkatkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya. Ikhlas dari saya dan suami keluarga.
Buat renungan;
 “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman, ‘Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya......."-Muthafaqun​ 'Alaih


~Allah membalas berdasarkan keikhlasan dan mujahadah seseorg itu.. wallahualam..

Jul 16, 2011

Header Baru

Sebelum ini blog saya lebih kepada blog peribadi,jarang sangat nak bw.Tapi sejak 3 hari lepas,tiba-tiba terasa nak bw sampai puas dan mula join beberapa segmen.
Segmen dari Abg Yen dan dari Datin Tyka.

Thanks a lot to them! First time sebenarnya saya join segmen2 ini.Alhamdulillah,banyak saya dapat pelajari masa bw tu..baru kenal erti dunia blogger.Then,baru sedar diri, ilmu saya masih cetek dan jauh sgt ketinggalan.

Tengah  jalan-jalan n visit-visit,mmg sy tertarik nak ade header transparent macam sume blogger lain.Apalagi,tengah rajin n mood mengundang,saya terus search dan jumpe tutorial yang awesome sgt! 
Creadit to Mia.

Senang jer,n tak perlu guna photoshop , just guna photoscape n GIMP.Saya pun terus download GIMP, photoscape saya mmg dah ada..n terus cuba buat maka terhasillah kerja tangan saya yang pertama..
Ini header saya yang lama
LAMA

header BARU !!!
Cantik tak?please..please.cakaplah cantik.Bohong pun tak pe hihi.Header baru saya .Nak tau macam mane?Jum layan tutorial dari Mia jum.click SINI:CARA-CARA NAK BUAT HEADER TRANSPARENT

Encik B

Lebih 2 hari saya tak meng update entri,ini pun dah rindu sgt nak blogwalking.Maaf yer,gara-gara kesihatan diri yang tidak berapa baik.Kelmarin lepas bangun-bangun tido,nampak  encik B(bintik-bintik merah) di tangan.Mase tu dah risau giller,chicken pox ke?Eh,tak mungkinlah kan.Kecik-kecik dulu dah kena.

Lama kelamaan makin banyak pula yang timbul.Gantalnya jangan nak cakap..maha Hebattt ohh.Ingatkan kejap je simtom ni  so tak adalah pergi klinik.Dalam hati kata “ala..kejap jer ni puunnn.kejap lagi ok lah”. Malam tu dah seluruh badan pulak encik B visit sambil tinggalkan cenderahati berupa bintik-bintik kecil gatal tuh pada saya.Ha..ambik kau,tadi pandang rendah kat encik B,rasakan!!jangan harap nak tido lena.
Dengan penuh penyesalan didada,saya pun cuba untuk melelapkan diri dengan sedaya upaya akhirnya usaha saya berjaya pada pukul  4.30 am! Keesokannya barulah saya pergi berjumpa doktor.Round punyer round boleh pulak sume klinik tutup.Last last pergi hospital .Mesti encik B ckp dalam hati,Ek elleh…stakat gatal2 gi hospital hahaha..Saya pn tutup muka.Malu..

Doktor nak injek saya tak mau.Dengan suara merayu dan senyumam manis serupa kerang wangi saya pun kata kat doktor,"doktor..boleh tak saya tak nak injek hehe.Bagi ubat je lah yeh yeh? Dan doktor tu pun cair dgn saya.(Perasan..panggg sekali)
Hadiah doktor kepada saya, Tarra…


Ubat Chlorpheniramine Maleate tuk kegatalan yang sgt over n Calamine lotion yang terkenal dengan ketereran dia melegakan iritasi kulit atau gatal2.
Nak upload pic tgn ..takut korang muntah hijau jer tengok ..so baik tak payah kan.Gunakan  kekreatifan imaginasi anda untuk mendapatkan gambarannya.

Moral of the story is,encik B sgt kuat,jgn pandang dia sebelah mata hehe.klu sakit pergilah awal ke klinik bedekatan untuk diperiksa ok.Jangan biarkan melarat

Jul 9, 2011

Bersih punya pasal ,guru jadi mangsa.

{Image source:Mr Google}

Bangun pagi-pagi tengok ibu tengah gosok baju.
Tengah mamai-mamai tu tanye ibu.
”Ibu  nak gi mane ni?Sekolah?”
Then ibu pun ckp.”Aah..sekolah”.
Dalam ati punye risau..apesal sekolah pulak?
Bkn ari nie sabtu ke?n bukan ke dah 
planning baik nyer nk gi bercuti ke melake…???
Ibu dok tenung aku  yang kehairanan dgn mulut ternganga ni kan(ok tipu bab tenganga tu).Last2 ibu ckp.”Arahan kementerian”.

Alkisah.kementerian dah menetapkan dan mewajibkan semua sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Kuala Lumpur supaya menjalankan Program Kecergasan pada tarikh 9/7/2011 bersamaan pada hari ini,sabtu.

{Image source:Flickr.com}Stumayhew

Motif nak kene gi sekolah hari ni?Melarang guru-guru dan murid-murid dari meng join kan diri di perhimpunan bersih !
 Macam-macam feedback yang boleh kite dengar
berhubung perkara ini.Jom layan

Pengetua sewaktu meeting:Saya terima arahan dari kementerian awal minggu ini.Saya berharap semua guru dapat memberikan kerjasama dan hadir . Jalankan tugas anda sebagai guru sebaik mungkin, guru yang baik akan disanjung hingga ke akhir hayat.

Guru2 berdedikasi:Baik tuan.

Sesetengah guru yang “amat” berdedikasi:ZzzZZZzzzZZZ

Student yg nakal:Haa???Sekolah?Hari biase pon aku panjat pagar,nie nak suruh lari2 pusing2 padang satu ari.haha…Tak dapat de bai.Buang mase jer.Baik kite buat aktiviti yang lebeh berfaedah<< ????

Student yg baik:Oh eh?Best tu hari sabtu sekolah! Minggu lepas hari sabtu sekolah gak,minggu nie pun sekolah jgk,kalau tiap2 minggu,dri Isnin sampai Sabtu sekolah kan best!!!! Dapat hari2 aku jumpe dierr..mesti dia hensem hari ni.(Pangggg sekali)

Kesimpulan: Kalau nak join ape ape perhimpunan pun,pastikan ia Halalan Toibba,halal lagi baik...Banyak lagi alternatif dan medium laIn yang ada.Bile jadi cam ni kan susah.Terpakse sekolah hari sabtu! Nak pergi bercuti pun kene bertolak petang :)


May 21, 2011

its over



Dear my self.After you’ve done all that you can do… After you’ve said all that you can say… You have to come to terms with the fact that some things just aren’t meant to be. You can never force anything to happen. Pressure does not always turn someone into a diamond. No matter how beautiful they look on the outside, the inside is a completely different thing.
No matter how hard it may seem to let go,you must do things youdon’t want to.Don’t hold on because of the fear of losing the person.I know deep in your heart,you always have wishes;
can’t we all just go back to when we were kids before we ever knew each other, before you hurt me, before it all begun.

Yeah,It’s so hard to believe that you loose, one of the most cherished things you have.Its still hurt to remember.Just walk away,let it go my dear.. because if it’s meant to be it will be.You have made that decision,the choice is yours.Don't ever regret it.Give up and go from him doen't mean your are lose.But actually you win the game bebeh! you already win.Thats the biggest courage i've seen in you.
InsyaAllah ,someday, you’ll find someone, and you’ll be loved.And you’ll feel loved.


And you’ll know how to love which is your real husband insyaAllah.All you have to do is start everything over and  learn how to forget him.Allah alway by your side my dear.He always there for you.Focus on what you have to do,aim for your dreams, love your parents more and build a precious friendship
You are strong.

May 20, 2011

cuti lar!

Image source{Flickr.com}Saroofah

As salam.cuti lame kan?bosan tak??huhu.baru 2 minggu duk rumah tak tau nak buat ape!!! siriusly .Kerje susah nak cari.bayangkan sume bdk degree cuti 4 bulan,kompem2 sume tgh cri kerje, in the end resulting in no-work-available lah kan.Actually bulan depan supposely masuk kerja jdi guru ganti.alih2 my mom said,PIBG yg akan bayo gji gru gnti n the probs is PIBG pun tgk berpikir2 untuk menshort kan prbelanjaan mereka which mean...meby prkhidmatan guru2 gnti akan dikurangkan dan pakai guru yg sedie ade jek untuk relieve .grrrrrr...bru bercite2 untuk menjadi seorang guru yang CEMERLANG hehe.erm..tak de rezki lah tu.Tak pe,just waiting for their answer.So pe yang sy buat dlm waktu cuti nie (smentare menanti kerje) adalah;
Image Source{Flickr.com}Lain De Macias
1)Bace buku!!! Sy memang suke bace buku terutama novel.Tpi disebabkan s de budget nk bli the latest novel,bce jek lah buku2 yg ade kat umah nie an .Skang tgh menghabiskan buku yg bertajuk Himpunan Kisah2 Motivasi Pintar IQ.Tajuk nk gempak jer~~ Eh mestilah! sy mahu menjadi org yang berilmu dn bermotivasi.Anda tak mau ke? :) De 2 lgi buku menunggu tu.Jangan Bersedih,Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia dan 1 gi buku Menjadi Insan Cemerlang karya Mohd Najib.

2) Tingkatkan kemahiran kendiri dan pengetahuan am.Selalu bile on9 tu,memule mmg wajib ler nengok fb kan hehe.sekejap pun jadi ler.Then sy akn mlayari laman2 web yg berinfomasi.(tetibek bahase jadi formal giller an haha).Layan u-tube,tgk brite2,tgk ceramah2{ encik abg srh nengok ceramah banyak2} ^_^ 
Increase knowlege in me

3)Baca surat cinta dariNya.Al-Quran.New hobi sekarang ni,suka baca tafsir Al-Quran.Alhamdulillah,indahnya ayat2 dan kisah didalamnya.Banyak ilmu yang dapat.Hati pun lebih tenang dan gembira.Slalu juga blokwalking kat blog2 pra blogger islamic.Menambah ilmu dalam diri.Bak kata pepath,menuntut ilmu itu biar sampai ke negeri china.Tolabalilmi faridhotan kulli muslim.Mununtut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.InsyaAllah,moga kita semua tergolong dalam golangan orang2 yang berilmu dan mencintai ilmu ^_^
 4)Kumpul kata2 motivasi dan kata2 hikmah! Stakat nie..lebih dari 200 nice quote sy dah take note dlm my cute book.So lepasni klu rase down2,i just refer  to it and regain my courage agains.Then kite akan rse lebih bersemangat dan positive dalam and the most important,hidup pun akan lebeh ceria dan bahagia.
Image Source{Flickr.com}Lain De Macias
till then..as salam

May 8, 2011

counting




4 more days to go :)

kak long sayang ibu

Kehadapan ibu ku yang tersayang.
Terime kasih bu sbb membesarkan kak long.
Mendidik dan menyayangi kak long dri kak long baby (*cute sgt kan baby kt ats tu hehe) 

sampailah kak long dah #besar panjang ni ha ;)

Ibu nak tau,ibu banyak sgt ajar kak long tentang sume bende n slalu je support kak long.
Terbaik lah bu :)

Tambahan pula, Ibu cantik sgt2,tercantik lah dlm universt ni.

Btl,tengok tu,gamba candid pun cantik ! ^_~

kak long doakan ibu sentiase bahagia dan gembire disamping suami dan anak2 terchenta
dan sentiase dalam perlindunganNya.
Kak long nak minta maaf atas sume salah silap sepanjang 21 tahun ibu membesarkan kak long.
Trime kasih atas segala yang ibu dah buat untuk kak long.Ibu tiada gantinya :)
i love you soo!!

Happy Mother's Day ibu !!

Footer