{Image source:Flickr.com}CorrynGoldschmidt |
Tengah2 on9 tetibe sy terbace 1 kisah yang menarik.Jum kite layan cite tu nak?
Satu hari,seorang motivator memulakan seminarnya dengan satu cara yang unik.Sambil memegang wang Rm 100, dia bertanya kepada hadirin.
"Siapa yang nak duit ini?'
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkn ramai yang minat.
"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankan saya buat ini dulu."
Dia berdiri mendekati hadirin.Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.Lalu bertanya lagi," Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang sedikit pun.
"Baiklah,"Jawabnya,
"Apa jadi bila saya lakukan ini?"
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek lenyekkan dengan kasutnya.Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor dan renyuk.
"Ok sekarang masih ada yang berminat?"
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih banyak.
"Hadirin sekalian,Anda baru sahaja menghadapi sebuah pelajaran penting.Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.Biarpun renyuk ,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM 100 juga .
Begitulah dalam kehidupan ini,kite seringkali terjatuh,tersungkur tekoyak dan mungkin dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita.Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga ,tidak bererti.
Padahal apapun yang telah terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda,lebih2 lagi di mata dan pandangan Ilahi.Jadi walau bagaimanapun keadaan anda,anda masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sangat berharga.Kita semua disisi Allah sama sahaja.Hanya Taqwa yang membezakan kita sesame manusia.
Artikel disumbangkan oleh:Saudara Faisal (faiz2222@satomalaysia.com)
No comments:
Post a Comment