Jan 31, 2012

onomnomnom..

Cehh...jual mahal kunun,tapi duk refresh dashboard hari2.Kate nye! hikshiks..
Walau funn its kindda late giller,tapi kite tetap nak tulis jugak.Tak pe kot lambat,sebab bagi kite, hari2 macam birthday awak.(kenkonon suweeet rr pada hal cover jep pon :P hehe) 

Bismillahirrahmanirrahim,terima kasih diucapkan kepada pengkerusi majlis, meja2 terhormat serta rakan2 facebook yang add tapi tak pernah pun nak communicate hehe.Hari ini merupakan hari yang sungguh istimewa kerana saya begitu excited dan bersemangat untuk menulis entri neh.Sila beri tepukan gemuruh pada diri anda kerana hadir ke sekolah blog ini.*motiff?? :)

Tanggal 27 January yang lepas adalah hari kebesaran my bestie merangkap best bro dan bff saye.*xyah nak bold sgt la kan?haha.Rasenye mesti korang dah tau sape kan?ala,yang onomnomnom tu huhuhu.Nak checkidout siapa dia?? Ce click link bawah nie dan guess who hehe.Klik jgn tak klik hihi.

sini>>BESTIES<<

Ha..tu dia! Dia mai dah..Dia mai dah.Anwaq Hadi! Perghh..banyak seyh entri untuk  awk haha.Sila kembang sekarang.Ok2, untuk menjimat kan masa usaha dan tenaga saya,dengan ini...saya ,Najwa lentip ,sahabat anda yang kenal dari diploma,ingin mengucapkan wahai Awal a.k.a Anuar Zain (tgn dibahu,mate ke atas),zhu ni shengri kuaile!! Rongi ma~ *xdelah men2 je huhu. 

Happy Belated Birthday kawan! Dah 22 dah pon.Semoga semakin matang dalam segala hal.Semoga berbahagia dan happy2 selalu dan semoga persahabatan kita ber 5 tidak akan putus sampai bila2 pon.Semoga kite dua kekal jadik bff hingga akhir hayat ek cheewahh~ *Dan semoga selere makan awak akan terus brtambah hahaha(gelak jahatt)


Me without you? Are you for real? Thats like a fat kid passing up a happy meal! 
Best Friends Forever!
mOKLe :)
till then,papai.

Jan 19, 2012

Come Back!

Sekadar pewlepas rinduw haha!

Lama dah tak menaip di sini.almost 3 month kan?Eh..jap2,lupa nk tulis mukadimah.With the name of Allah,As salam korang!! Maaf sangat2,dah lame tak bertegur sapa dan bertanya khabar dengan rakan2 blogger.Do you miss me??haha.

Biasalah,bila tengah2 semester memang malas gila tahap tak ingat lah nak berupdate blog ni.Tang "perap" blog tu memang rajin :) Banyak juga lah isu2 semasa  dan entri2 malatop korang yang saya ketinggalan .Its wokeh,lepas nie nak turun padang jenguk korang kat blog.Jangan kunci pintu pulak ok? :)


So ape yang menyebabkan saya mengalami gejala kesibukan melampau sampai tak dapat nak hupdate entri ialah
i)   kehidupan sebagai final year student (projek melambak ,tiap2 minggu nk kne present bagai)
ii)  line broadband yang budget hot, lenggang lenggok jek dia jalan!
iii) kekeringan idea akibat kemarau di shah alam (motif?)
iv) dan sebagainya


Tetapi faktor perdana yang mendorong kebersawangan blog saya adalah KEMALASAN! Dia asyik nak flirt je dgn saya haha.


Now i'am in the middle of semester break yaw! yahoo~ Cuti sampai bulan 3,siapa tak happy.InsyaAllah ,saya akan meng fully utilized kan cuti ni dengan sebaik mungkin.Perkara2 yang dirancangkan adalah;


Bercuti bersama ibu bapa
Soping sampai lebam dengan voucher buku RM200Hadap Running Man Teruskan cabaran diet hehe Study steganography dan bina application (my fyp project) Jadi suri rumah cemerlang Tingkatkan ilmu dan nilai kendiri dengan membaca buku2 motivasi( skema kan ayt?)Muhasabah diri 
Apsal ade gap kat atas tu?entahlah,dah betulkan pun dia stay macam tu jugak.ok dah lupakan.Bagi menutup entri bebel ni,saya berharap semoga cuti kali ini akan menjadikan saya lebih rajin,matang dan dijauhkan dari sifat2 mazmumah seperti cuti sem2 yang lepas iaitu makan tido makan tido thee heee :) Last but not least, Happy New Year n Happy Chinese Ney Year guys!! p/s:still tak percaya saya dah 22 tahun.Rase baru smalam daftar sekolah rendah *pang sekali.

till then,bye korang,as salam





BFF Teman Tapi Mesra


Drama bersiri terbaru di TV3.Sinopsis dia quite interesting.Tertarik juga nak layan cerita ini.Cerita berkisarkan tentang sahabat baik yang telah berkawan sejak kecil.Iskandar(Hero) n Shahidah(Heroin) yang dilakonkan oleh Munif Isa dan Sari Yanti.Apabila mereka dewasa,Shahidah tidak mendapat sokongan  keluarga untuk meneruskan cita-citanya dan dikongkong supaya meneruskan kehidupannya dikampung.

Sebagai sahabat yang paling rapat dengan Shahidah,Iskandar membantu Shahidah menghuraikan kemelut yang melanda dengan melamar Shahidah walaupun mereka tiada perasaan cinta antara satu sama lain.Mereka berhijrah ke ibu kota dan duduk berasingan.Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita kerjaya masing-masing dan tidak pernah berbicara soal cinta.

Sehinggalah satu masa apabila Iskandar jatuh cinta pada seorang gadis bernama Karmila.Shahidah mula merasai sesuatu dan berasa sunyi tanpa Iskandar.Walaupun hatinya terluka dan terguris,namun dia menerima hakikat bahawa Iskandar akan pergi dari hidupnya satu hari nanti.

Bagaimanakah penamat cerita ini?korang boleh review kat sini ekk >> click sini
Till then,papai korang..
p/s:rindus gf2 n bff saye.. Az,Ashee,Tasah,Mak,Gebun 

Kopi dan Cawan



Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam

kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.



Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.



Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"


"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."


Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada sebaiknya


Jan 18, 2012

unstable

I must say I am slightly disappointed
yet honestly not surprised. 
Sometimes I do not understand people
Why people change so dramatically
After all these time...


but yet you would think I would have some sort of knowledge 
or instinct as to what is going on.
I am the one out in the dark here and that is frustrating. 
Yet I am going to have to be okay with it and just move on.
I must say it hurts. 
Deep down in the bottom of my heart, it hurts.


Footer